Saturday, August 20, 2011

Masak Lemak Cili Api Rebung Madu Pucuk Kaduk Tulang Ayam



Sebelum mengetahui resepi di atas , apa kata kita lihat khasiat rebung madu:

Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon.
(credit from-http://kotapalas.wordpress.com/2010/05/07/khasiat-buluh-rebung/)

Bahan-bahan:

2 inchi kunyit hidup
10 biji cili padi (ikut citarasa anda)
1 batang Serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit

2 ikat Pucuk kaduk
1mangkuk rebung madu
200g Tulang ayam
Santan cair
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar/tumbuk guna lesung batu, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan sedikit minyak dalam periuk,tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar tadi
   (kunyit&cili padi) sehingga wangi.(kawal api supa tidak garing)
3.Masukkan tulang ayam dan santan cair.Biar ia mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mendapat kuah lebih kuning dan cantik, selepas itu masukkan
    rebung madu.
5.Seterusnya masukkan santan pekat dan pucuk kaduk.Biar sehingga bahan empuk.
(jgn biarkan  api terlalu kuat supaya santan tak pecah minyak).
6. Garam dan gula secukupnya.






















Friday, July 1, 2011

CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

DALAM PROSES,,

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Esok kna bgn awal ye..jumpa di padang esplanade, jam 6 pagi...@@,,



Tuesday, May 31, 2011

Kerabu Buah Beka dan Perut lembu



Assalammualaikum..

Entry Hari ni Kerabu buah beka bersama perut lembu...
Mesti ramai yang tak tahu apa itu buah beka terutama bg mereka yg tggl di sebelah pantai barat..Bagi mereka di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, buah beka sudah tidak asing lagi. Ia merupakan makanan popular sama ada sebagai ulam atau dijadikan kerabu.

Buah Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum sangat banyak khasiatnya.Antaranya:
  • Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.``Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin,'' ujarnya.  (Credit from:sumber- Arkib Kesihatan, Utusan Malaysia)
  • Daun bonglai (Buah beka) yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )   (Credit from:sumber-Melur.com-Khazanah Herba Warisan Bumi)

Bahan-bahannya:

2 biji Buah Beka (Dihiris nipis dan di rebus setengah masak untuk menghilangkan rasa pahit serta di tos kan)
1 mangkuk hirisan perut lembu(dicuci dan direbus masak)
3 paket kecil kerisik
5-10 biji cili padi (Ikut citarasa anda-nak lebih pedas taruk lebih sket)
3 biji cili merah
1/2 paket belacan
3 biji bawang (di hiris nipis)
Sedikit Air Asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
- Mesin cili merah, cili padi dan belacan dan air asam jawa(Seperti buat sambal belacan).Kemudian gaul semua bahan-bahan  di atas hingga sebati.Sedia dihidang.

Mee Banjir Udang Meletop



Assalamualaikum...

Entry Hari ni Mee Banjir Udang meletop...:p Sebab lepas makan rasa terangkat n meletop2 nak lagi..hehe
Bagi sesiapa yang kepingin mau makan...bole buat sendiri dalam 1,2,3 dan 4 langkah yg mudah sahaja...
Selamat mencuba..Bila dah cuba mau lagi yak..

Bahan-bahan: (1 Hidangan)
1 genggam Mee kuning
5-10 ekor Udang laut yang fresh
1 batang sawi (di potong)
Taugeh
4 sudu besar cili kering yang dikisar (cili boh)-nak lebih pedas tambah lagi
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kacang tanah (Yang di kisar separa halus)
1 mangkuk air rebusan daging
1-2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1-Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak.Tumis bawang putih hingga wanggi.
2-Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.(pastikan api perlahan supaya cili tidak garing)
3-Kemudian masukkan air rebusan daging.Biar ia mendidih masukkan sos cili, tomato dan kacang.
4-Kemudian masukkan udang, tomato, mee dan akhir sekali sawi dan taugeh.Garam dan gula secukup
   rasa.Sedia di hidang.

 Nak lagi power perah limau kasturi..pasti terangkat..k Selamat mncuba.

Sunday, May 29, 2011

Masak Lemak Ketam Nanas



Bahan-Bahan:

1/2 kg Ketam bunga (dbersihkan dan dibelah dua)
1/2 biji kelapa (Santan)
1 biji bawang besar
10 biji cili burung/cili padi
1 batang serai
3-4 potong nanas
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
garam dan gula


Cara membuatya:

Kisar bawang,kunyit dan cili ataupun tumbuk.Kemudian rebus naik bahan2 tadi bersama santan cair..dengan api yang perlahan.Selepas itu masukkan ketam dan santan pekat.Akhir sekali masukkan nanas serta garam dan gula secukup rasa.

Saturday, May 14, 2011

HAppy BEsday TO mE...

 Salam..
Hepi besday to me..hehe over sorang2 ..bkn apa rasa seronok sgt..Syukur pada Allah swt kerana memberi hambamu ini kesempatan untuk menyambut hari lahir ke 25 thn..Moga diri ini  mkn dekat padaNYa...diberi kejayaan dan kebahagian didunia dan akhirat.Amin

Hari nie Genaplah umurku..25 thn..Rasa mcm dah tua...n dah bole kawen.. :p

So...Hari ni minta mama masak laksa sbb tgh berdiet so no cakes!!!!..hrni mkn bihun ngan kuah laksa je..bila berdiet tak leh over2 makan...Ikutkan nak ja makan spageti ke..Nasi tomato ke..tp tak leh..kena bertahan mulai sekarang!!!.Target nak badan slim mcm zaman muda2 time blajo d matrikulasi hehe..
Sedih tau org kata chubby.. paha mcm drumstikk chicken la......huhu cian kan..Disebabkan saya ni kecil molek orangnya..bdn tak leh berisi sgt..nnti nampak kembang...
So alhamdullilah dalam 20 hari ni dah turun 3 kg tau
dari 60kg ke 57kg...Nak tau rahsia???Kna jog n tak leh mkn malam....:D  dan saya cuba produk Herbalife...mmg berkesan..InsyaAllah..Masalah saya ni..metabolisme rendah..kalo jog sebelum ni tak pernah turun berat badan..betis je kecik..spare tayar mkn mengembang...haha..So skrg target nak turun sehingga 47 kg..kalo berjaya nti saya akn promote Herbalife besar2an...hahaha...
k salam...



Hewpi Besday to me...


image from goggle image
 Nila feveret ku...choc.Indulgence..AAAA....







Friday, April 29, 2011

Resepi Masak Lemak cili Padi Ikan bunga Air




Bahan-bahannya:
Ikan bunga air
Cili padi (ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 inchi kunyit hidup
1 batang serai
8 biji Belimbing buluh dibelah dua
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
santan
sikit minyak utk menumis
garam secukupnya

Cara membuatnya:

Blend cili padi n kunyit hidup.Panaskan periuk masukkan sedikit minyak,Tumis cili padi n kunyit td dan serai.Jgn biar garing..Apabila sudah wangi masukkan santan dan rebus naik bersama ikan,belimbing buluh n masuk sedikit serbuk kunyit..garam secukup rasa.





Friday, April 22, 2011

SPinach Noodles with chicken soup







 


Bahan-bahannya: Hidangan untuk satu orang

Spinach Noodle (dicelur terlebih dahulu)
2 sudu besar minyak sayuran/vegetable oil
1/2 biji bawang besar dihiris
3 biji cili padi
1 batang celery (dipotong)
3-4 ketul ayam yang dipotong kecil
air secukupnya
kiub ayam
sedikit daun parsley
sedikit daun thyme
1 helai daun bay
garam secukup rasa
Lada Hitam

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak, Tumis bawang dan cili padi jangan biarkan garing,Kemudian Tambahkan air.


2.Masukkan kiub ayam,celery, daun parsley, daun bay dan tyhme.Didihkan hingga daging ayam empuk

3.Tambahkan garam dan lada hitam cukup rasa.

4.Hidangkan sup bersama spinach noodle dan hiaskan dengan daun parsley.

Thursday, April 21, 2011

Nasi Lemak Bonda bersama Burung Puyuh Goreng dan Sambal Telur Puyuh


Assalamualaikum..

Entry Hari ni:


Nasi Lemak Bonda-Cadangan Hidangan 6 orang

Bahan-bahan;
1 cupak beras /1 cupak=4 tin susu
1 biji Kelapa Parut-diambil santan 1/2 cawan-Ikut nak lemak taruk lebih..Nak diet masuk sikit k :p
1 Batang kulit kayu manis (2 inchi)
1 biji bawang besar (dipotong halus)
2 inchi halia hiris nipis panjang
3kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Basuh Beras hingga bersih dan toskan.Masukkan dalam rice cooker. 
2. Dalam kuali lain,Panaskan 3 sudu besar makan minyak masak.Tumiskan hingga wangi bawang besar,halia, bunga cengkih,buah pelaga dan kulit kayu manis.Tumis sekejap sahaja dan tutupkan api kuali dan tuangkan dalam ricecooker yang berisi beras.

3.Masukkan air dan santan..Sukat air macam masak nasi biasa.Tambahkan garam dan kacau sebelum pasangkan rice cooker pada plug.


Hidangkan Nasi Lemak Bersama Puyuh goreng..Juz goreng puyuh dengan kunyit+garam pun dah sedap...Yang Penting Nasi n sambal..Kena pula Sambal telur puyuh mmg terangkat!!

Selamat mencuba :D




Friday, April 15, 2011

♥♥Recipe:Seafood Marinara by chef Aman (http://www.asparaguz.com/) ♥♥

http://www.asparaguz.com/index.php?option=com_content&view=article&id=68:seafood-marinara&catid=35:articles&Itemid=34

Ingin Kelainan??Teringin nak makan masakan western..Sila cuba Resepi ini...Saya dah cuba tau..Mmg gerenti sedap..!!!Resepinya sungguh mudah dan detail...


      For complete recipes, Please visit:         
          http://www.asparaguz.com/

♥♥Recipe:Aglio Olio by Chef Aman (http://www.asparaguz.com/)♥♥

Teringin nak makan masakan Perancis?? 
http://www.asparaguz.com/index.php?option=com_content&view=article&id=69:aglio-olio&catid=35:articles&Itemid=34http://www.asparaguz.com/index.php?option=com_content&view=article&id=69:aglio-olio&catid=35:articles&Itemid=34

*Pic source:http://www.asparaguz.com/
Saya dah cuba resepi nie sedap sangat!!!Yummylicios..Rugi kalau tak cuba..


          It’s so simple, using very minimal ingredients and with  
                        1,2,3 steps you can have a good meal!

              Complete recipe?? Please visit:
                http://www.asparaguz.com/

Thursday, April 14, 2011

Asparaguz - Life On A Plate



<iframe src="http://www.asparaguz.com/" width="98%" height="400" border="1"></iframe>




Coming Soon

♥♥Daging Berempah dengan tomato♥♥




Bahan-bahannya:

1 kilo daging (dihiris nipis)
3 biji Tomato dibelah 2
Segenggam cili kering (rendam dgn air panas,buang biji dan dikisar)
1-2 Paket rempah daging (saya guna rempah BABA'S)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dihiris bulat2
2 tangkai daun kari
air secukupnya
minyak
garam dan perasa secukupnya


Cara membuatnya:

1.Rebus daging hingga empuk dalam periuk.Jgn guna terlalu banyak air..cukup untuk empukkan dgg.

2.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang,daun kari,buah pelaga,bunga lawang,kulit kayu   
   manis hingga wangi.

3.Kemudian masukkan cili kering..Tumis hingga pecah minyak.

4.Gaul serbuk kari dengan sedikit air kemudian masukkan dalam kuali.Setelah itu masukkan daging
   yang telah empuk dan sedikit air rebusan.

5.Masukkan sos cili dan sos tomato serta garam dan perasa secukupnya.

6.Apabila hampir mendidih masukkan tomato yang dibelah dua dfan tutupkan api.Sedia dihidang.

♥♥Kerabu Manggo♥♥



Bahan-bahannya:

1 biji mangga muda (dihiris/disagat panjang2)
1 cawan kacang tanah (digoreng)
Segenggam Ikan bilis (digoreng)
5-8 biji cili padi (dipotong halus dan sedikit untuk ditumbuk)
1 sudi serbuk cili
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
1 paket kecil udang kering
bawang besar (dipotong nipis)
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1.Tumbuk cili merah dan sedikit cili padi serta udang kering.Gaulkan bahan tersebut bersama mangga yang telah dihiris.

2.Masukkan 1 sudu besar sos ikan,air perahan limau kasturi dan serbuk cili.

3.Masukkan bawang dan cili padi yang dihiris.

4.Akhir sekali masukkan kacang tanah dan ikan bilis serta garam dan gula secukupnya.Gaul hingga
   mesra dan sedia dihidang.

Monday, April 11, 2011

♥♥Masak Lemak Cili Api Ayam Hutan dengan kentang♥♥

resepi..akan datang

Masak Lemak Cili Padi Ayam Hutan dengan kentang



Bahan-bahannya: Cadangan hidangan 5-6 0rang

1 ekor ayam hutan
2 inchi kunyit hidup
1 sudu teh serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (dipotong halus panjang2)
3 biji cili merah
6-10 biji cili padi (Nak Pedas tambah lg :P)
1 batang serai
3 biji kentang (dipotong wedges)
Santan (1 biji kelapa)-asingkan santan cair dan pekat if perah sendiri santan /1 kotak santan instant
Air secukupnya
garam secukupnya

Cara membuatnya:

1.Rebus Ayam hutan hingga empuk (Jika tidak,Dgg ayam liat)
2.Tumbuk kunyit hidup,cili merah dan cili padi.
3.Setelah dgg empuk,masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam ayam (pastikan api kecil)
4.Masukkan serbuk kunyit dan santan cair,serai serta kentang.
5.Kemudian baru masuk santan pekat dan daun kunyit.Masak hingga Ubi Kentang empuk.Sedia
   dihidang.

Friday, April 1, 2011

♥♥RESEPI:IKAN TALANG MASAK ASAM♥♥

Ikan Talang Masin Masak Asam

Bahan-bahan:

8 ketul isi Ikan talang masin (yang dipotong dadu)
4 sudu besar cili kering dikisar *(optional)
1 inch halia dihiris panjang
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar dihiris

3 biji bawang putih diketuk
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris/cabai melaka
sedikit minyak


Cara membuatnya:

1.Panaskan kuali, goreng ikan talang kering hingga garing dan angkat.
2.Kemudian tumis bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam dan biarkan kuah mendidih.Seterusnya masukkan ikan talang masin yg digoreng tadi, bawang besar, halia, cili merah dan hijau.garam dan perasa secukupnya.Sedia dihidang.

Wednesday, March 23, 2011

♥♥RESEPI:SAMBAL TUMIS TEMPE♥♥



Bahan-bahannya:
3 bj Bawang Besar
2 genggam Cili Kering/cili Boh
1/2 paket Belacan
2 ulas bawang putih diketuk
2 keping Tempe( digoreng terlebih dahulu dan dipotong dadu) Garam dan Gula secukupnya


Cara membuatnya:

1.Kisar cili kering, bawang besar dan belacan. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wanggi.Kemudian masukkan cili yang dikisar dengan belacan dan bawang.Tumis hingga pecah minyak.Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng.Garam,gula dan perasa secukupnya.Siap...

Tuesday, March 15, 2011

♥♥IKAN PARI BAKAR BEREMPAH DAN AIR ASAM TOMATO♥♥


Ikan Pari Bakar Berempah VS Air Asam Tomato


Assalammualaikum..Entry hari nie nak share Resepi Ikan Pari Bakar Berempah..Actually Ikan Pari nie kalo Perap ngan kunyit n garam then bakar pun dah sedap..tp Kalini nak tukar sikit selera :D


K..Jom Bakar Ikan Pari :p

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Resepi Ikan Pari Bakar Berempah

Bahan-bahannya:

1 Ekor Ikan Pari (dibelah 2 dan dicuci hingga bersih)
2 Paket Serbuk Kari Ikan\
3 Sudu Besar Serbuk Cili (Nak pedass taruk lebih cket)
1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
2 Sudu Teh Serbuk Jintan Putih
Garam dan perasa secukupnya
Daun Pisang dan lidi (untuk balut Ikan Pari yang diperap)

Cara membuatnya:
Perap Ikan Pari dengan bahan-bahan di atas selama 1 jam dalam chiller (peti ais) lebih lama, lebih menyerap rasa rempah dalam ikan.Then balut ngan daun pisang dan kemaskan dengan lidi pencucuk.Sedia dibakar atas arang.Tp saya bakar ats plate je..Lebih mudah dan cepat.Taruk sedikit minyak atas plate nipis dan bakar ikan hingga masak.Siap

Resepi Air Asam Tomato

Bahan-bahannya

5 Biji Tomato (3 biji dipotong dadu dan bakinya untuk dikisar)
10 biji cili padi (5 biji dipotong halus dan 5 biji untuk dikisar) (nak Pedas taruk lebih)
2 biji bawang besar dipotong nipis
3 biji cili merah
1 paket kecil kerisik
sedikit belacan (1/2)
air asam jawa (agak2 sendiri)
sedikit gula dan garam
sedikit kicap(agak2 sendiri)
3 biji limau kasturi (ambil air perahan)

Cara-caranya:

Kisar cili merah,2 biji tomato,5 biji cili padi dan belacan.Kemudian masukkan dalam bekas.Seterusnya masukkan tomato yang dipotong dadu, bawang besar dan cili padi,kicap cair,air asam jawa,kerisik,perahan limau kasturi,garam dan gula secukupnya.gaul hingga sebati.Siap..


K, selamat mencuba..Jgn shy2 cat untuk komen..

Monday, March 14, 2011

♥♥RESEPI:MASALODE/VADEI♥♥

Masalode/Vadei~


Assalammualaikum..Pagi nie saya nak share resepi wat masalode..Pagi2 sejuk2 gini sedap pulak makan masalode :p huhu.Kat Taiping nie mmg kawasan yang sejuk, selalu hujan.. maklum la dekat ngan bukit larut yang terkenal ngan kawasan yang paling lembab sepanjang tahun..Tak tau buka buku balik geografi tingkatan 3..:-p

So jom ramai-ramai try buat masalode

Bismillahirrahmanirrahim..

Bahan-bahannya

2 cawan kacang dal ( dibasuh dan direndam semalaman)
2 tangkai cili kering (diracik halus)/cili merah/cili hijau-terpulang kepada anda
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar dipotong halus/dadu
3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2 sudu teh jintan putih
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

***Optional:Ada orang taruk udang kepal dalam masalode..terpulang la nak atau tak.Tp resepi asal dah sedap :D


Cara-caranya:

1.Toskan air kacang dal yang direndam semalaman.Ambil segenggam kacang dal letak dalam bekas lain, bakinya blend tanpa gunakan air.Jangan blend kacang hingga halus..Biar ada halus and ada separa kasar.Actually kalo ada alat penggiling lagi bagus..kalo lagi rajin guna lesung batu yang besar..tumbuk la kacang dal tu hehehe..Baru rasa asli mcm orang India buat tu.Kemudian masukkan dalam bekas tadi yang ada kacang dal yang tak di blend.Then masuklah bawang, cili kering, jintan manis, daun kari, garam secukup rasa..Gaul sampai sebati

2.Dah gaul hingga sebati, mulalah uli macam wat begedil tue..Bentukkan bulat2..Saiz agak2 sendiri..Nak masalode gergasi buat la besar2..Sekali makan dah kenyang yer..:-p

3. Panaskan minyak dalam kuali, deep fry supaya tak masalode tu tak berderai..Jgn guna tepung untuk keraskan masalode sebab nanti masalode keras n tak sedap..

K Selamat mencuba dan jgn lupa komen..

A nuclear power plant exploded in Fukumi?Stricken Japan nuclear plant rocked by 2nd blast?

Hari  tibe-tibe je dapat SMS macam nie..

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.”

Mula-mula rasa risau juga bila baca mesej macam nie..Yela dalam bulan Mac 2011 nie saja macam2 tragedi yang dah menimpa Jepun..Earthquake,Tsunami..Kesian kan :"..So terus google news di agensi berita antarabangsa..Mininewz.com  dan di http://news.yahoo.com/

Cube baca, 

Source: http://mininewz.com/fukumi-nuclear-power-plant-blast/


March 13, 2011 – 11:13 pm

News Update About Japan Nuclear Plant Blast, Japan Fukumi Power Plant Blast, japan nuclear blast, fukumi power plant, japan nuclear blast

Japan’s nuclear authorities warned today that quake-hit atomic plant Fukushima No. 1, about 250 kilometres northeast of Tokyo, “may be experiencing a nuclear meltdown”, media said. Philippines is safe in so called radiation effect from Fukumi Japan Nuclear Plant Explosion. There will be no significant effect in us but our Government agencies are still monitoring the situations so that they can advice what we should do. Also, this incident can’t be compared to Chernobyl Disaster happened in Ukraine last April 1986 since according to experts it has difference from Japan’s Nuclear Reactor. What we should do is to stay calm and don’t make any conclusions about the news without any specific and reliable justifications. Don’t panic and believe in the text alerts that being spread about explosion of Fukumi Nuclear Plant in Japan which is actually Fukushima.

Japan Nuclear Blast, Japan Blast, Japan Nuclear Plant Explosion, Fukumi Power Plant, Nhk News Live, Japan Nuclear Plant Blast, Japan Nuclear Plant Blast 201, Japan Nuclear Plant Blast News, Japan Nuclear Plant Blast Videos
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
                                     Pic, souce:http://news.yahoo.com/
Flames from Fukushima Dai-ichi nuclear plant 

So pastu  baru lah rasa lega sikit...mmg bahaya SMS macam ni..Silap2 leh timbulkan suasana huru hara n suasana yang tak baik sebab cerita macam nie boleh ditokok tambahkan n buat kita gelabah.Jadi kita perlu bertenang..jangan terus panik macam saya..huhu..

Apapun ,kita jangan membuat sebarang andaian/assumption sorang2 dan biarlah pihak yang berkenaan dan arif tentang radiasi nuklear buat stament di media massa nanti utk langkah kita berjaga2..So kita tunggu nanti.Berdoalah pada Allah swt..semoga negara kita Malaysia dijauhi daripada segala bencana..amin

Thursday, March 10, 2011

♥♥RESEPI:PUDING TRIFLE USAGI-CAN♥♥





Assalammualaikum... Entry hari nie Resepi Puding trifle Usagi-can,,
Tadi balik sekolah tibe2 teringin nak makan ..So terus singgah g beli bahan2...Pas hbs layan citer Filipina Marimar terus gi dapur buat puding ni hehehehe..K, kat bawah ada resepi so marila try buat k..


Selamat mencuba 

Bahan-bahannya:Cadangan hidangan ( 6-8)

1 tin susu cair (Atau boleh guna susu segar...Tapi susu cair lagi sedap sbb tak berbau)
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya (Perisa ikut citarasa anda..Saya Guna Kek Gulung Strawberry)
1 tin fruit koktail dan nata de coco (Asingkan air dengan buah n nata de coco)
1 kotak agar-agar jelly kristal (90gm) (perisa ikut citarasa.Saya pilih Strawberry Kristal Jelly ("Nona")
Air secukupnya (untuk bancuh kastard dan masak jelly-ikut arahan pada kotak jeli)

 Cara membuatnya:

1. Sediakan bekas dan potong kek gulung sederhana nipis dan susun dalam bekas/loyang.Letak tepi.

2. Dalam periuk, panaskan susu cair dengan gula dengan api yang kecil.

3. Bancuh tepung kastard dengan air sejuk.Air jgn terlalu banyak..dalam 1 cawan agak2.Kemudian  
    bancuhan kastard tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih dan kacau perlahan2 hingga 
    pekat.Kawal api supaya ia tak berketul.Apabila sudah pekat, tutup api.

4. Kemudian sebelum tuang susu+kastard yang dimasak kedalam loyang/bekas berisi kek gulung, 
    renjiskan sedikit air buah dari fruit koktail atas kek dan masukkan buah sampai habis atas 
    kek.Kemudian baru tuang kastard tadi dan biarkan ia sejuk dan keras.

5. Kemudian larutkan jeli dalam air yang mendidih.Air ikut sukatan kat kotak jeli yang kita beli.


6. Akhir sekali, tuang jeli dalam bekas/loyang tadi.Biar sejuk dan keras. Kemudian Sedia dihidang..


Selamat mencuba :D






Monday, March 7, 2011

♥♥RESEPI:DAGING MASAK HITAM ISTIMEWA♥♥


Assalammualaikum...Entry hari ini Resepi Daging Masak Hitam..Sebelum nie saya dah kongsi cara-cara nak buat nasi minyak kan...So lauknya pula macam mana ya..Jadi tema kita makan ala2 kat kenduri kawen..dah ada nasi minyak mestila kena ada daging masak hitam..So hari ni saya nak share cara nak menyediakan resepi ini... K, selamat mencuba tau...Rugi kalau tak try...:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Bahan-bahan:Cadangan hidangan untuk 1 keluarga besar 7-8 0rang :D

1 kilo daging di potong nipis ( atau di potong ikut saiz pilihan anda)
1/2 botol kicap manis ( disini saya guna kicap manis cap kipas udang)
5 batang serai (dikisar)
1 buku halia (dikisar)
1 buku lengkuas (dikisar)
3 ulas bawang besar(dikisar)
4 sudu serbuk jintas manis
4 sudu serbuk jintan putih
3 bungkus kerisik
3 genggam cili kering (direbus terlebih dahulu,dibuang biji dan dikisar)
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
air secukupnya (untuk kisar bahan-bahan)

Cara membuatnya:

1. Perap daging bersama 1/2 botol kicap manis,4 sudu serbuk jintan manis dan 4 sudu jintan
    putih,halia,lengkuas,bawang besar dan serai yang dikisar.Perap selama 2 jam didalam chiller
   (peti sejuk).
2.Panaskan minyak secukupnya,tumis cili kering sehingga pecah minyak, kemudian masukkan
   daging yang diperap dengan bahan-bahan tadi.Kemudian masukkan
   kerisik,kulit kayu manis,buah pelaga dan garam secukup rasa.Masak sehingga dagimg empuk dan
   kuah menjadi pekat.

-Sedia dihidang...Sesuai dimakan bersama nasi putih n paling sesuai nasi minyak...atau makan dgn
 ketupat/lemang..ala2 rendang gitu :p


Selamat mencuba dan jangan lupa komen kat bawah tau..
Salam.

Friday, March 4, 2011

♥♥RESEPI:NASI MINYAK♥♥

Nasi Minyak..


Assalamualaikum...

Entry hari nie resepi nasi minyak...Huhu kempunan nak makan nasi minyak nie..Tak sabar nak tunggu cuti sekolah tiba tgh bulan nie..Banyak jemputan Makan Nasi Minyak Kawan2.:p
Nasi Minyak Sendiri belum lagi heee.Aduh mok la kalo mcm ni...Tak menjadi diet ku huhu..Nak kna makan salad tiap2 hari plak pasni..
Takpe Sekarang kita makan nasi minyak dulu..Esok gi lake garden jogging...:p

K jom masak nasi minyak..

Bismillahirahmanirrahim..

RESEPI NASI MINYAK:Cadangan hidangan 5-6 orang


Bahan-bahannya:
1 cupak beras basmathi(4 tin susu )
1/3 tin susu cair
1 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
1 helai daun pandan
air secukupnya
sedikit garam

Bahan-bahan untuk menumis:
2-3 Sudu besar minyak sapi
2 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis

***Nasi  minyak nie saya masak pakai rice cooker jek..hik3...takdak pakai kawah2
  1. Basuh beras hingga bersih dan toskan.Masuk dalam rice cooker siap2 n letak tepi.
  2. Dalam kuali, panaskan api, masuk minyak sapi,,tumiskan semua bahan2 yang untuk menumis tu sehingga wangi..Bawang tu biar sederhana garing..Jgn sampai hitam mcm arang pulak..
  3. Then,tutup api, angkat kuali perlahan2 guna kain pemegang, tuang semuanya dalam rice cooker tadi (Hati2 panas tueee kang masuk hospital pulak..tak dapat makan nasi minyak, makan bubur pulak)..Senang biar sejuk dulu :D
  4. Lepas tu masukkan 1/3 tin susu cair dan air secukupnya.Sukat pakai tangan ja mcm masak nasik biasa.Letak garam secukupnya untuk bagi nasi rasa lemak2 gitu..Jgn lupa daun pandan..kasi wangi sikit.
  5. Bila nasi dah masak, masukkan kismis dan gajus.
  6.  (Ada setengah nak bagi nasi nampak kaler2 gitu boleh gak taruk pewarna...Bila nasi nak dekat masak taruk la setitik dua pewarna kuning ke 2-3 bahagian.Gaul Perlahan2 ok)

Tuesday, March 1, 2011

DPLI AMBILAN JULAI 2011

Salam...Juz nak share...DPLI ambilan Julai dah dibuka..Jadi boleh la ke BSN hari nie beli no pin yer :P

Iklannya dah keluar dalam Mingguan Malaysia, Ahad 27 Februari..Tapi program yang ditawarkan tak banyak kali ni..untuk maklumat lanjut permohonan sila layari kemasukan IPTA  http://upu.mohe.gov.my/

Ganbate kudasai...

Saturday, February 26, 2011

♥♥ RESEPI: AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA♥♥

Ayam goreng berempah istimewa



Assalammualaikum...♥
Entry saya  hari nie ayam goreng berempah istimewa...Teringin pula nak buat..sedap kalo dimakan ngan nasi lemak esp nasi lemak kukus..;p


Bismillahirrahmanirrahim..

Bahan-bahan: cadangan hidangan untuk 6 orang

6 ketul ayam
1 batang serai (dikisar)
3 inchi lengkuas (dikisar)
2 inchi halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil kunyit/1 inci kunyit hidup (dikisar)
2 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu teh serbuk cili
garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Perap ayam dengan semua bahan-bahan diatas selama 2 jam dalam chiller.Kemudian sedia digoreng...deep fry. Siap..Sesuai dihidang bersama nasi lemak kukus.

K Selamat mencuba.

Friday, February 25, 2011

♥♥RESEPI:KERANG TUMIS CILI PADI DAN DAUN LIMAU PURUT♥♥

Assalammualaikum...♥

Entry hari nie pasal kerang....Selalunya kerang nie kalau tak rebus or bakar n cecah ngan air asam..kita buat sambal or kari..Takpun paling special buat char keoyteow..yum yum..Kali ni nak buat lain dari lain sikit..Tukar selera..yela dah penat makan kerang..Jiran dekat2 ngan rumah nie tauke kerang,,selalu jer bagi kerang...huhu...Kerang kecik,besar semua dia ada..nama pun tauke. K la jom mula masak...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahan-Bahan:

1/2 kilo kerang (dibasuh hingga bersih)
1 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
5 helai daun limau purut
8 biji cili padi (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
garam dan perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Panaskan 3 sudu besar minyak masak.Tumis bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan serai yang diketuk,cili padi dan bawang besar yang dikisar.Kacau hingga pecah minyak,Kemudian masukkan kicap cair dan kerang.akhir sekali masukkan daun limau purut dan biar hingga kerang masak.masukkan garam dan perasa secukupnya.

k selamat mencuba..

Saturday, February 19, 2011

♥ ♥ RESEPI: FRUIT COCKTAIL PUDING JELLY WITH CUSTARD SAUCE♥ ♥

Supalicious Fruit cocktail puding jelly with custard sauce!!yum..yum..

Assalammualaikum...♥

Entry hari nie saya nak share cara-cara nak buat fruit cocktail puding jelly with custard sauce k...Sesuai dihidangkan sbg dessert...Resepinya simple tapi hasilnya mmg lazat..k selamat mencuba tau


Bismillahirrahmanirrahim...

Cadangan hidangan untuk 5-7 0rang

Bahan-bahan

Untuk membuat jelly:
1 paket serbuk jelly perisa strawberry 90gm (Boleh pilih perisa lain ikut yang mane anda suke)
Air secukupnya
1 tin fruit cocktail

Untuk membuat custard sauce:
1 tin susu cair (anda juga bole gunakan 1/2 tin susu cair dan susu segar- 1/2 tin ikut sukatan tin susu cair)
2 sudu teh tepung custard
3 sudu besar susu pekat (bole tukar dengan gula)

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan periuk, masukkan air dan sedikit air koktail ikut sukatan pada tertera kotak jelly brand
    pilihan anda (jgn guna terlalu banyak air koktail kerana serbuk jelly anda sudah mengandungi
    gula..nanti jelly anda terlalu manis).Apabila air sudah mendidih, masukkan serbuk jelly
    perlahan-lahan dan kacau hingga sebati supaya jelly tidak berketul.Kacau sehingga ia kelihatan
    jernih.*(Masa rujuk arahan dikotak).

2) Tutup api, tuangkan jelly dalam bekas pilihan anda. Kemudian masukkan fruit cocktail (Buahnya
    sahaja,airnya tak perlu). Setelah itu, sejukkannya supaya ia beku dan masukkan dalam peti ais.



3) Untuk membuat custard sauce: Masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk. Kemudian masukkan
    2 sudu teh tepung kastard,3 sudu besar susu pekat.Kacau hingga sebati supaya ia tak berketul.Kemudian panaskan api dan
    kacau perlahan-lahan hingga ia sedikit pekat.

-Siap!!! Anda hidangkan Fruit Cocktail puding jelly tadi bersama Custard sauce..(Untuk lebih sedap..Simpan dalam peti ais dan hidangkan secara sejuk)






Terima kasih sudi membaca...jgn segan-segan komen kat bawah..Arigatooo

Friday, February 18, 2011

♥ ♥ RESEPI:AYAM GORENG CRISPY BY CHEF AMAN♥ ♥

 

Assalammualaikum...♥ 



Harini I nak share Secret Recipe my Future Husband, Chef Aman... :p Dia memang pakar dan berbakat besar dalam masak-memasak ni...Kalah I..hehe...:p..So I kenala berguru ngan dia dgn lbh tekun lg pasni..Piece :D Chef Aman nie mmg pakar dalam pelbagai masakan tambah2 lg masakan western..Kalo dah rasa mesti nak lagi..Yummyliciuosssss!!!♥ ♥  

Banyak perkara saya belajar dari dia...Sebenarnya memasak nie Art n Science..Bukan main campak2 je dalam kuali..hehe..Sbb tu saya kagum sangat kat dia.Kalo anda nak tahu mengenai...masakan lebih lanjut mengenai What to cook ? Where to eat ? Foodie, art-lover & people on the move will find how to cook simply healthy new recipes, art restaurants and travel & food tips..Singgah2 lah kat website  http://www.asparaguz.com/   ok!
 
Actually, baru malam tadi  je saya menuntut ilmu ngan dia melalui telefon hehe...nak tanya pasal speech toasmaster dia ..Tp ntah macam mana leh buka tajuk Resepi..dan dia sudi kongsi resepi rahsia untuk bagi ayam goreng ranggup dan sedap...Arigatoo...dan harini saya dah try buat..Ini lah hasilnya..



 -Ranggup sangat dan sedap tau!!!YUM YUM....Ayam goreng nie kalo makan saja pun dah sedap atau cecah ngan sos cili...Nak hidang ngan nasi minyak..ala2 makan kat kenduri kawen tu  pun bole...hee~

Hm cara nak buat ayam goreng nie simple je tp VERY Delicious... 

K LEts Start...

Bismilahirrahmanirrahim...

Bahan-bahan:cadangan hidangan 5 Orang

5-6 ketul Ayam (potong ikut saiz yang dikehendaki)
7 ulas bawang putih (dikisar)
1 Ruas halia (dikisar)
3 sudu teh Lada Sulah
100gm Tepung jagung
2 Paket rempah kari (Ikut citarasa anda k,adjust sukatan sendiri)

Cara-caranya

1)Perapkan ayam bersama bawang putih dan halia yang dikisar bersama lada sulah. Perap selama 2 jam dalam chiller...Setelah 2 jam keluarkan ayam dari chiller dan letak tepi.

2)Kemudian kita akan sediakan tepung untuk mencelup ayam sebelum digoreng. Masukkan tepung jagung dan rempah kari dalam bekas, gaul sehingga rata.

3)Panaskan minyak, apabila cukup panas, celup ayam tadi dgn tepung jagung+serbuk kari yang digaul dan terus goreng hingga masak...Attention:anda mesti pandai kawal suhu kuali supaya ayam masak sekata dan kulitnya tidak terlalu garing...

 K, selamat mencuba...taw....


p/s:Jgn lupe komen..



Thursday, February 17, 2011

♥♥ RESEPI: NASI LEMAK DAUN LEMUNI/DAUN LEGUNI BONDA♥♥





 Assalamualaikum....♥

Entry saya hari nie, Nasi Lemak Daun Lemuni…Tahu tak  daun lemuni tu ape?Karang tercari2 pula daun nie..Jgn silap daun yer..Karang jd lain pulak..  Nama lain bagi daun lemuni nie ialah daun leguni ataupun  daun lipuk. Ada juga yang panggil tigau dan juga dangla..Bukan bangla tau..hehe ape2 jela…

                                                             Daun Lemuni



Hm Sedap tau kalo sape yg pernah try…Bukan je sedap tp ada banyak khasiatnya..Ada org kata daun lemuni ni baik utk orang pas bersalin..Tp orang yang tak bersalin pun blh makan gak. Selain masak nasi lemak, ia juga boleh dijadikan ulam utk awet muda tau …Ia juga digunakan untuk merawat luka dan bertindak sebagai antiseptic, merawat penyakit beri-beri dan banyak lagi.Dalam satu artikel yang pernah saya baca, daun lemuni nie dikatakan boleh merawat breast cancer.So, kalo dah jemu masak nasi lemak try la nasi lemak lemuni ok!! K la,,cukupla saya berceloteh..

Let’s Start

Bismillahirrahmanirrahim..

Actually cara nak masak Nasi Lemak Lemuni caranya lbh kurang nak buat nasi lemak jer cuma bezanya kita guna daun lemuni, blend je daun lemuni  tu then  perah skali ngan santan…
Bahan-bahan;
1 cupak beras dibersihkan dan toskan (4 tin susu ) dan masukkan dalam rice cooker
10 tangkai daun lemuni
1 biji Kelapa Parut/santan pekat
1 Batang kulit kayu manis (2 inchi)
1 biji bawang besar (dipotong halus)
2 inchi halia hiris nipis panjang-panjang ataupun diketuk
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
10 biji lada hitam dan diketuk
1 sudu teh halba
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Ceraikan daun lemuni dari tangkainya..masukkan dalam blender dan campurkan sedikit air.Kisar hingga halus.Kemudian campurkan daun lemuni yang dikisar dengan kelapa parut dan perah sekali untuk dapatkan santan.Tuangkan perahan santan+daun lemuni tadi ke rice cooker  yang berisi beras tadi dan seterusnya campurkan semua bahan-bahan di atas..Macam masak nasi lemak biasa je.. Siap!!!

-Hidangkan Nasi bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong kering/ikan talang masin, telur dan timun-

Monday, February 14, 2011

♥ ♥ RECIPE: USAGI'S HAINANESE CHICKEN RICE ♥ ♥


Assalammualaikum... ♥
k, entry hari nie I nak kongsi resepi USAGI'S HAINANESE CHICKEN RICE
Cube la tau...rugi tak try..yummyliciuos..
K, kat sini I tak nak membebel banyak2...kita trs mulakan ye..

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahan-bahan untuk sediakan nasi dan sup:*Cadangan hidangan untuk 5-6 orang

♥ 1 cupak beras dibersihkan dan toskan (4 tin susu )
♥ Air secukupnya
♥ 1 ekor Ayam (dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dicuci hingga bersih)
♥1 botol besar  Sos tiram
♥1 botol Minyak bijan
♥5-6  biji bawang besar (dikisar)
♥2 Ruas halia (dikisar)
♥1/2 Labu Bawang putih(dikisar) -Yang nie optional...sapa tak suka tak yah masukkan k!!
♥1 helai daun pandan
♥Garam dan perasa secukup rasa.
   
Cara-cara nya:

1)Masukkan ayam kedalam periuk  dan campurkan bawang besar, halia, bwg pth yang telah dikisar kedalamnya.Kemudian masukkan Sos tiram 1 botol, minyak Bijan 1/3  botol (jika tak suka terlalu berminyak,kurangkan kuantiti penggunaannya) serta masukkan air secukupnya dan gaul hingga sebati.

2)Kemudian, panaskan api,rebus naik bahan-bahan tersebut sehingga ayam separa empuk dan jgn lupa tambahkan garam dan perasa secukupnya.Keluarkan ayam separa empuk dan asingkan (Ayam separa empuk:Untuk hidangan Ayam goreng,resepi dibawah) dan bakinya dibiarkan untuk sup dan didihkan sehingga masak.

3)Kemudian untuk membuat nasi, masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan kedalam rice cooker, kemudian masukkan  sup secukupnya(*Perhatian jika sup anda kelihatan terlalu pekat, tambah air sedikit supaya nasi tak mentah kerana kekurangan air).Jika inginkan nasi kelihatan lebih perang, tambahkan sos tiram kedalamnya.Kemudian masak nasi tersebut seperti biasa..(Jgn  lupa sambungkan rice cooker kat plug dan on yer..karang tak dapat makan pula.

4)So kita lihat balik kuah sup yang dah tinggal separuh sebab dah digunakan untuk masak nasi tadi…Kita adjust balik,tambah air/minyak bijan/sos tiram..secukupnya ..(terpulang kepada anda) dan tambah garam dan perasa secukupnya..  –So, NASI N SUP DONE!!!

Ok, memandangkan nasi dan sup dah siap kita kenala sediakan ayam goreng pula..Dah nama nasi ayam so kna la ada ayam kan..;p


Ayam Goreng Sos Tiram



Bahan-bahan:

♥ Sos Tiram,
♥ Kicap cair
♥ Perasa (optional-tak suka jgn taruk k)

Ambil ayam separa masak tadi dan masukkan sos tiram, kicap cair secukupnya dan perasa.Perapkan selama lbh kurang 15 minit.Lagi lama lg sedap..Kemudian boleh digoreng..

Atau jika anda tak suka,, anda boleh juga perapkan
Ayam separa masak tadi bersama bawang besar dan halia yang ditumbuk hingga halus,kicap pekat,kicap cair, sos tiram selama 20 minit dan boleh digoreng sepeti biasa…

(Pendapat:goreng dengan sos tiram pun dah sedap…yum yum)

*actually,,, kalo nak lbh mudah...Gi je beli Ayam dinding...Tak yah nak goreng2 ayam ni..hehhe

k, next..

Bahan2 untuk membuat kuah cili/Chili Dipping sauce


♥ Limau kasturi (Terpulang kepada anda nak taruh berapa byk... tentukan sendiri  tahap kemasamannya k…hehe betul ke ayat ni)
♥ Cili padi (Juga terpulang kepada anda untuk tentukan tahap kepedasannya)
♥ 8 biji Cili merah(Nak Buat Kuah banyak..guna la banyak cili merah k..Baru Kaler kuah cantik..merah)
♥ Garam dan gula secukup rasa
♥ Air Masak secukupnya (Guna air masak sebab kuah nie tak perlu dimasak)

Cara-cara nya:

Cara membuat kuah cili nie senang saja..juz masukkan cili merah,cili padi dan air masak secukupnya kedalam blender dan kisar sampai halus.Kemudian tuangkan kedalam bekas, masukkan perahan limau kasturi,gula dan garam secukup rasa…

Ini dia Hasilnya…Oishi desu  ne..…Hait..Itadakimasu!!!
                                      -Hidangkan bersama tomato,timun dan  salad,sup dan kuah cili-

Selamat Mencuba..



Friday, February 11, 2011

MY belogg Usagi-can(うさぎ-san) -Sailormoon


Assalammualaikum w.r.t,,
Salam Perkenalan buat semua Kaki2 blogger (@@),,Yehaw peace no war!!

Sebermulanya~ Al-kisah:
Tahun 2011, membuka hati ini untuk bjinak2 menulis resepi utk dikongsi..Lalu I pun create akaun blog...dan fikir nak letak nama apa..??Ntah macam mana leh teringat ngan nama samaran time kelas bahasa jepun kat universiti...Time tu my sensei Shibahara Rika mintak cari nama samaran dalam bahasa jepun...tup..tup terfikir nama usagi....huhu yang watak sailormoon tu...Kecik2 dulu tringin sangat nak jadi sailormoon...Ntah ape2 kan..

So nak wat Review sikit kat sini hehe...

Masih ingatkah kamu pada watak Usagi yang pernah popular satu ketika dahulu dlm siri kartun anime Sailor Moon (セーラームーン Sērā Mūn?)?Usagi yang cute,manje dan kelakar tue~~ dan popular ngan ayat
" DENGAN KEKUATAN BULAN AKAN MENGHUKUM MU"


                                                       - Usagi da Sailor Moon-

  4 org kawan seperjuangan Usagi..Sailor Mercury, Sailor Mars, Sailor Jupiter n Sailor Venus..

                                                               -Geng Sailor-

Boyfriend dia pulak bernama Mamoru Chiba yg tak penah lekang ngan bunga ros merah dan tuxedo mask :p hee~
                                                                      
                                                              -Mamoru-san-
     

                                                           -Tuxedo bertopeng-

                                                              Usagi_Mamoru



Lirik Lagu: 

Maaf ku tak pernah berterus terang, bukan ku tak mempercayaimu..
namun sebelum ku berganti rupa ingin aku menemuimu…
ku kan bermandi cahaya bulan, dan cemerlang di malam yang cerah..
memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah…
tiba2 keajaiban terjadi….
kekuatan muncul didiri…
untuk melawan smua kejahatan, kekuatanku harus digunakan…
menegakkan segala kebenaran, ini ke ajaiban alam…
Aku mempercayainya….


Semua ini hanyalah memori lama dan merupakan salah satu kenangan terindah di zaman kanak2....;D

Hehe...So kat kelas nihongo tu..i pilih nama usagi...maksud sebenarnya rebbit (ARNAB) huhu...tak besh kan..


So belog masakan nie pun nak taruk nama usagi la...peace...!!

Bukan Nak Berperangai macam kanak2 juz seronok2 jek...:p Motif utama tahun nie nak belajar masak..My hubby pandai masak..malu kat dia..:p So nak kena improve la...


K SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGG.....SALAM