Saturday, August 20, 2011

Masak Lemak Cili Api Rebung Madu Pucuk Kaduk Tulang Ayam



Sebelum mengetahui resepi di atas , apa kata kita lihat khasiat rebung madu:

Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon.
(credit from-http://kotapalas.wordpress.com/2010/05/07/khasiat-buluh-rebung/)

Bahan-bahan:

2 inchi kunyit hidup
10 biji cili padi (ikut citarasa anda)
1 batang Serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit

2 ikat Pucuk kaduk
1mangkuk rebung madu
200g Tulang ayam
Santan cair
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar/tumbuk guna lesung batu, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan sedikit minyak dalam periuk,tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar tadi
   (kunyit&cili padi) sehingga wangi.(kawal api supa tidak garing)
3.Masukkan tulang ayam dan santan cair.Biar ia mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mendapat kuah lebih kuning dan cantik, selepas itu masukkan
    rebung madu.
5.Seterusnya masukkan santan pekat dan pucuk kaduk.Biar sehingga bahan empuk.
(jgn biarkan  api terlalu kuat supaya santan tak pecah minyak).
6. Garam dan gula secukupnya.






















Friday, July 1, 2011

CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

DALAM PROSES,,

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Esok kna bgn awal ye..jumpa di padang esplanade, jam 6 pagi...@@,,



Tuesday, May 31, 2011

Kerabu Buah Beka dan Perut lembu



Assalammualaikum..

Entry Hari ni Kerabu buah beka bersama perut lembu...
Mesti ramai yang tak tahu apa itu buah beka terutama bg mereka yg tggl di sebelah pantai barat..Bagi mereka di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, buah beka sudah tidak asing lagi. Ia merupakan makanan popular sama ada sebagai ulam atau dijadikan kerabu.

Buah Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum sangat banyak khasiatnya.Antaranya:
  • Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.``Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin,'' ujarnya.  (Credit from:sumber- Arkib Kesihatan, Utusan Malaysia)
  • Daun bonglai (Buah beka) yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )   (Credit from:sumber-Melur.com-Khazanah Herba Warisan Bumi)

Bahan-bahannya:

2 biji Buah Beka (Dihiris nipis dan di rebus setengah masak untuk menghilangkan rasa pahit serta di tos kan)
1 mangkuk hirisan perut lembu(dicuci dan direbus masak)
3 paket kecil kerisik
5-10 biji cili padi (Ikut citarasa anda-nak lebih pedas taruk lebih sket)
3 biji cili merah
1/2 paket belacan
3 biji bawang (di hiris nipis)
Sedikit Air Asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
- Mesin cili merah, cili padi dan belacan dan air asam jawa(Seperti buat sambal belacan).Kemudian gaul semua bahan-bahan  di atas hingga sebati.Sedia dihidang.

Mee Banjir Udang Meletop



Assalamualaikum...

Entry Hari ni Mee Banjir Udang meletop...:p Sebab lepas makan rasa terangkat n meletop2 nak lagi..hehe
Bagi sesiapa yang kepingin mau makan...bole buat sendiri dalam 1,2,3 dan 4 langkah yg mudah sahaja...
Selamat mencuba..Bila dah cuba mau lagi yak..

Bahan-bahan: (1 Hidangan)
1 genggam Mee kuning
5-10 ekor Udang laut yang fresh
1 batang sawi (di potong)
Taugeh
4 sudu besar cili kering yang dikisar (cili boh)-nak lebih pedas tambah lagi
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kacang tanah (Yang di kisar separa halus)
1 mangkuk air rebusan daging
1-2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1-Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak.Tumis bawang putih hingga wanggi.
2-Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.(pastikan api perlahan supaya cili tidak garing)
3-Kemudian masukkan air rebusan daging.Biar ia mendidih masukkan sos cili, tomato dan kacang.
4-Kemudian masukkan udang, tomato, mee dan akhir sekali sawi dan taugeh.Garam dan gula secukup
   rasa.Sedia di hidang.

 Nak lagi power perah limau kasturi..pasti terangkat..k Selamat mncuba.

Sunday, May 29, 2011

Masak Lemak Ketam Nanas



Bahan-Bahan:

1/2 kg Ketam bunga (dbersihkan dan dibelah dua)
1/2 biji kelapa (Santan)
1 biji bawang besar
10 biji cili burung/cili padi
1 batang serai
3-4 potong nanas
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
garam dan gula


Cara membuatya:

Kisar bawang,kunyit dan cili ataupun tumbuk.Kemudian rebus naik bahan2 tadi bersama santan cair..dengan api yang perlahan.Selepas itu masukkan ketam dan santan pekat.Akhir sekali masukkan nanas serta garam dan gula secukup rasa.