Masak Lemak Cili Api Rebung Madu Pucuk Kaduk Tulang Ayam



Sebelum mengetahui resepi di atas , apa kata kita lihat khasiat rebung madu:

Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon.
(credit from-http://kotapalas.wordpress.com/2010/05/07/khasiat-buluh-rebung/)

Bahan-bahan:

2 inchi kunyit hidup
10 biji cili padi (ikut citarasa anda)
1 batang Serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit

2 ikat Pucuk kaduk
1mangkuk rebung madu
200g Tulang ayam
Santan cair
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar/tumbuk guna lesung batu, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan sedikit minyak dalam periuk,tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar tadi
   (kunyit&cili padi) sehingga wangi.(kawal api supa tidak garing)
3.Masukkan tulang ayam dan santan cair.Biar ia mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mendapat kuah lebih kuning dan cantik, selepas itu masukkan
    rebung madu.
5.Seterusnya masukkan santan pekat dan pucuk kaduk.Biar sehingga bahan empuk.
(jgn biarkan  api terlalu kuat supaya santan tak pecah minyak).
6. Garam dan gula secukupnya.






















Comments

Post a Comment